Friday 20 January 2012

Apakah itu Hak Asasi?

Hak Asasi adalah gabungjalin dua perkataan. Pertama, hak. Dan keduanya, asasi. Hak merujuk kepada kepunyaan seseorang. Asasi pula merujuk kepada yang secara lahirnya. Justeru, pastilah makna hak asasi ini akan berbeda bagi setiap yang beragama, warna kulit, bangsa, susur galur pertalian darah dan keturunan.

Bagaimana seseoarang yang beragama Islam boleh menyatakan hak melakukan hubungan seks sejenis itu sebagai suatu hak bagi setiap manusia kerana ianya diharamkan dalam ajaran Islam. Justeru, bagi orang Islam, perlakuan mengadakan hubungan seks sejenis tidak termasuk di dalam hak asasi. Kerana bagi orang Islam ianya adalah suatu kesalahan. Begitu juga dengan hak bercakap atau meluahkan pendapat; pastilah ada batasannya kerana bercakap tentang fitnah dan berbohong bukanlah suatu hak bagi setiap orang Islam. Agama lain juga punya tegahan yang berbeza dengan agama Islam. Begitu juga, tetap ada perbedaan peraturan antara agama, Buddha, Hindu dan Kristian. Dan perbedaan tersebut menjadikan hak asasi bagi setiap individu yang berlaianna agama juga berbeda.

Jadi bagi kita nak menggariskan apakah Hak Asasi yang umum dipakai oleh setiap individu di Malaysia adalah amat sukar kerana ada perbatasan agama mahupun bangsa dan keturunan. Hak asasi yang boleh digariskan sebagai suatu panduan; dan panduan tersebut bukanlah sesuatu yang mutlak dipakai secara umum.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan tiada disebut tentang Hak Asasi. Yang disebut ialah Kebebeasan Asasi. Dan kedua istilah ini pasti berbeza. Akhirnya kita melihat apa yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam membicarakan tentang Hak Asasi ianya dinyatakan sebagai Kebebasan Asasi. Dan Kebebasan itu juga termasuklah ianya bersifat Larangan, Perlindungan, Kesamarataan, Kebebasan mahupun Hak. Semuanya dinyatakan dalam suatu Garis Panduan yang amat jelas dan bukannya suatu pemberian hak yang mutlak. Ianya bagaikan air. Boleh mengalir tetapi mengikut acuan dan paip-paip yang direkabentuk mengikut kesesuaian dan cara air itu sepatutnya mengalir.

Akhirnya kita jangan keliru dengan soal Hak Asasi. Ianya bukan persoalan undang-undang semata. Persoalan Hak Asasi juga adalah persoalan dalam beragama dan bersosial sesama ahli masyarakat. Hak Asasi bukanlah milik mutlak sesiapa. Dan cara paling mudah untuk menggariskan Hak Asasi ialah sebagai Kebebasan Asasi. Kebebasan itu bukannya Hak. Kebebasan itu juga bermaksud suatu Larangan ataupun Perlindungan seperti yang dibicarakan di atas.

Bagi seseorang manusia yang sukakan hubungan seks sejenis, mereka tidak boleh menjerit meminta hak. Kerana dalam masa yang sama hak manusia yang menolak hubungan seks sejenis juga mesti diperhitungkan. Jadi garis panduan kita adalah untuk melihat ianya dalam konteks kebebesan. Perlu diingat, kebebasan bukanlah suatu kebebasan untuk memberikan hak dan kesamaraataan tetapi kebebasan juga adalah kebebasan untuk melarang dan memberikan perlindungan. Akhirnya demokrasi boleh menjadi pengadil kepada sesuatu keputusan kepada isu yang menjadi pertikaian. Undang-undang sedia ada pula akan memperkuatkan keputusan yang boleh dibuat secara demokrasi itu.

3 comments:

  1. Saya nak tanya tentang penggunaan dakwat kekal semasa PRU nanti. Tidakkah penggunaan dakwat kekal tersebut melanggari kebebasan asasi seorang rakyat? Jari yang ingin didakwatkan itu adalah hak milik mutlak kita, jadi kita lah yang menentukan samada ianya boleh didakwatkan ke tidak. Undang2 tidak boleh dibuat memaksa rakyat untuk menggunakan dakwat tersebut. Kalau DSAI boleh enggan memberikan DNA dia, kenapa rakyat perlu tunduk kepada penggunaan dakwat kekal ini. Dalam kes untuk pembedahan pun, para doktor perlu meminta izin daripada kita sebelum pembedahan dibuat. Harap pihak tuan dapat memberi penjelasan terhadap pertanyaan ini kerana saya menentang penggunaan dakwat kekal tersebut.

    ReplyDelete
  2. terima kasih.... saya akan ulaskan dalam posting terbaru.... suatu peranyaan yang baik...

    ReplyDelete
  3. majikan dan rakan sekerja mengintip hingga dibilik tidur(disediakan oleh majikan).apakah itu bukan termasuk dalam hak asasi.kadang2 seolah sindiran mereka tahu perbuatan saya bersama isteri.bolehkah failkan saman dan sekiranya boleh,dari mana perlu saya bermula.

    ReplyDelete